Antara pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan melalui pss:
1.Bilik Simulasi
- Asalnya adalah bilik tayangan dan selaras sebagai Sekolah Bestari ia dinaiktaraf kepada Bilik Simulasi. Berkeluasan satu bilik darjah ia dapat menampung 40 orang murid. Bilik dilengkapi dengan sebuah televisyen, CD dan VCD player, komputer dan LCD untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Murid boleh membuat tempahan untuk mengguna bilik ini untuk menonton CD dan VCD berbentuk akademik.
2. Makmal Komputer
Bilik yang dilengkapi komputer dengan talian internet dan perkakasan hardware berkaitan dengan komputer. Boleh memuatkan murid mengikut keluasan bilik pada satu masa pengajaran dan pembelajaran.
3. Pusat Akses Kendiri
Bilik ini menempatkan koleksi bahan pembelajaran akses kendiri Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selain bahan bercetak, bahagian ini juga dilengkapi dengan karel basah yang boleh digunakan mengakses maklumat. Pelbagai CD dan VCD juga terdapat disini yang boleh diakses oleh guru dan murid. Pusat ini dikendalikan oleh AJK Pusat Akses Kendiri terdiri dari pelajar dan dipantau oleh guru penyelaras Pusat Akses Kendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment