Pengurusan PSS
Perkembangan dalam pengurusan pusat sumber sekolah (PSS) hari ini dilihat begitu pesat berbanding masa yang lalu. Perkembangan terkini berkenaan jawatan khas yang diwujudkan iaitu guru perpustakaan dan media, memperlihatkan betapa PSS mempunyai peranan yang penting di sekolah. Hari ini, PSS bukan hanya sebuah bilik tetapi ia merangkumi seluruh sekolah.
Pendahuluan Falsafah Pusat Sumber Sekolah adalah bahawa penggunaan jenis media pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan falsafah pendidikan negara untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Perkembangan dalam pengurusan pusat sumber sekolah (PSS) hari ini dilihat begitu pesat berbanding masa yang lalu. Perkembangan terkini berkenaan jawatan khas yang diwujudkan iaitu guru perpustakaan dan media, memperlihatkan betapa PSS mempunyai peranan yang penting di sekolah. Hari ini, PSS bukan hanya sebuah bilik tetapi ia merangkumi seluruh sekolah.Perubahan demi perubahan yang dibuat bertujuan me-mantapkan peranan PSS di sekolah bagi membantu melahirkan murid-murid yang cemerlang. Atas kesedaran itu, jurulatih-jurulatih PSS dengan kerjasama Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor mengambil langkah proaktif dalam membantu guru-guru perpustakaan dan media menguruskan PSS.Buku ini diterbitkan dengan matlamat bagi membantu dalam menguruskan PSS. Terdapat sebanyak 17 bab dalam buku ini yang menerangkan pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru perpustakaan dan media. Daripada bab pengurusan sehinggalah kepada bab NILAM, nyata betapa banyak tugas-tugas yang perlu dilaksanakan supaya menjadi sebuah PSS yang cemerlang. Beberapa bab baru juga diperkenalkan di dalam buku Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah ini iaitu penggunaan perisian automasi dan juga menyalin katalog yang akan banyak membantu meringankan tugas dalam mengurus PSS. Harapan semua penulis-penulis buku ini adalah ia akan dapat dijadikan panduan yang berguna terutama kepada guru yang baru menjadi guru perpustakaan dan media
No comments:
Post a Comment